Wednesday 12 September 2012

1st Quilling Project..

Bismillahirahmanirahim...Hai!Saya baru je buat blog ni...blog ni sebenarnya saya fokuskan kepada minat saya yang terbaru iaitu paper quilling...saya baru je menceburkan diri dalam seni quilling ni awal Jun 2012...so, baru kira-kira 3 bulan saya belajar buat quilling art ni.thanks to Miyyah@kertas yang memperkenalkan saya kepada seni quilling ni..selepas membaca blognya, saya terus tertarik utk mencuba..mungkin kerana kos peralatan yang tidak begitu mahal dan pelbagai hasil seni boleh dihasilkan daripada quilling ni menyebabkan saya berminat utk mencubanya...saya baru je belajar buat quilling...diharap anda yg berpengalaman dpt memberi tunjuk ajar supaya dpt saya hasilkan hasil seni quilling yg lebih baik di masa akan dtg...

Gambar di bwh ni adalah my 1st quilling project...saya tahu agk comot bukan?haha..tapi saya agk bangga saya dapat hasilkannya walaupun agk comot.kesan comot berpunca daripada gam yang saya gunakan.salah saya gak guna kertas hitam sbg background..kalau guna warna lain mungkin tak ketara kot comot tu..

my 1st quilling project
Budak baru 1st time cuba buat quilling boleh la dimaafkan kecomotan tu..Bunga kat hujung bucu bahagian bawah kiri tu la bunga pertama saya try buat..memang nampak tah pape tapi saya confident tampal je atas kertas ni..Bunga kuning tu pulak yg kedua saya buat.

menggerutu benar paper strip ni..

Oleh kerana peralatan yg tidak mencukupi beginilah hasilnya..Saya potong paper strip sendiri guna pisau..tu yang agak menggerutu tu..projek ni pun saya tak guna slotted tool utk menggulung paper strip..puas mencari benda yang sesuai utk menggantikan slotted tool..dapat idea selepas ternampak cangkuk langsir yang ada 4 cabang tu..saya patahkan 1 dan gunakan utk gulung kertas..

in the box
Oleh kerana 1st project, saya letakkan dalam kotak supaya tak kena habuk..kotak tu handmade je..inilah hasilnya MY 1ST QUILLING PROJECT.



No comments:

Post a Comment