Thursday 13 September 2012

6th Quilling Project

Projek saya yang terbaru..baru siap malam semalam...tidur lewat sampai pukul 1.30am hanya kerana nak siapkan projek ni..hasilnya tidak mengecewakan..saya suka sangat!

full picture

Saya cuba menggunakan 4 jenis warna sahaja..merah,purple,hijau cair dan hijau sedikit pekat.projek-projek sebelum ni macam-macam warna saya hentam..tapi kali ni cuba untuk hadkan pemilihan warna..

like..

Saya cuba untuk hasilkan sesuatu yang simetri tapi tak berapa simetri yang terhasil..benda alah yang bergulung-gulung tu susah nak bagi simetri..tu dah habis simetri la saya cuba.



Saya berpuas hati dengan hasilnya..boleh saya katakan inilah hasil quilling yang paling saya suka setakat 6 projek yang telah saya hasilkan..Alhamdulillah semakin improve hari demi hari..Selepas masuk dalam kotak sekarang sedia untuk dihadiahkan kpd ahli keluarga saya.harap mrk suka..Alhamdulillah..

dalam kotak




5th Quilling Project

Ini projek ke-5 saya yang siap 11 September 2012..utk org yang baru belajar cm saya projek yang simple begini pun ambil masa dalam 2 hari untuk disiapkan..bagi mereka yang dh berpengalaman menggulung kertas ni mesti cepat je siap.

full picture

Saya suka hasilnya kerana warna yang saya pilih nampak harmoni.satu lagi faktor yang menyebabkan saya suka hasil projek ni kerana bunga purple tu..cara membuat bunga tu sama seperti cara membuat daun seperti projek saya sebelum ini.cuma saya olah teknik tersebut untuk menghasilkan bunga.hasilnya saya suka!

bunga tak kembang yang susah untuk dibuat

Susah juga nak buat bunga yang tak kembang..tak jumpa tutorial utk buat bunga tak kembang ni.ni pun saya main hentam je..asalkan nampak seperti bunga yang tak kembang sudah la!


saya suka!

Bila sudah dimasukkan dalam kotak nampak cantik je..sedia utk dihadiahkan kpd ahli keluarga saya juga spt projek-projek sebelum ni..Alhamdulillah selesai...

dalam kotak handmade

4th Quilling Project

 My 4th quilling project..sabtu lepas 8 Jun saya siapkan projek ni..projek ni amek masa dlm sehari utk disiapkan..

full picture

Saya suka hasil ni sebab ada royal flower..royal flower bunga oren+purple kat gambar di bwh.saya belajar wat royal flower ni melalui tutorial dlm youtube.link seperti di bawah..
bunga ni dipanggal 'royal flower' dlm tutorial ni. sebab tu la saya pun panggil royal flower.ni kali kedua saya cuba buat royal flower ni..agak berpuas hati dgn hasilnya..

royal flower

Orang yang design royal flower ni orang Malaysia gak..namanya Asma Ahmad Bahari..dia adalah antara quilling artist yang terkenal di Malaysia dan di dunia.




Seperti biasa hasil quilling ni dimasukkan ke dalam kotak supaya tidak terdedah kpd habuk..sedia utk dihadiahkan kepada ahli keluarga saya!



3rd Quilling Project

Percubaan yang ketiga...hasilnya saya suka..1st time buat bunga warna purple 2..saya belajar dari blog My Quilling Soul..walaupun tak berapa nak menjadi tapi ok la utk beginner cam saya..

full picture

Potongan paper strip nampak kemas sikit berbanding 1st 2 project sbb saya baru beli cutting mat.sebelum ni potong atas manila kad je..habis hancur manila kad tu.

bunga purple

Daun utk projek ni saya belajar drpd tutorial dlm blog Anastasia Wahalatantiri's Quiiling & Craft.menarik kan daunnya?saya pun baru 1st time cuba buat daun ni..hasilnya agak menarik..saya cuba untuk praktis lagi buat daun ni supaya hasilnya lebih menarik dan kemas.


bunga merah+hijau

Macam biasa simpan dalam kotak...saya buat ni utk hadiahkan kpd ahli keluarga saya..semoga mrk menyukainya..

saya suka!

2nd Quilling Project


Ni adalah 2nd project saya..masih lagi mengalami masalah yang sama iaitu comot akibat kesan gam.ada sesiapa yang tahu bagaimana nak mengatasi masalah gam yang meninggalkan kesan selepas kering?FYI, saya gunakan gam putih polystyrene yang saya beli di kedai buku..gam ni bagus sebab cepat kering tapi meninggalkan selepas kering..

my 2nd project 

Bertambah ketara bila saya gunakan kertas hitam sebagai background.Tapi saya agak berpuas hati dengan hasil projek ini...cuba nk hasilkan sesuatu yang simetri tp gagal pulak.takpe..belajar dari kesilapan!

hasil budak baru belajar

Wednesday 12 September 2012

1st Quilling Project..

Bismillahirahmanirahim...Hai!Saya baru je buat blog ni...blog ni sebenarnya saya fokuskan kepada minat saya yang terbaru iaitu paper quilling...saya baru je menceburkan diri dalam seni quilling ni awal Jun 2012...so, baru kira-kira 3 bulan saya belajar buat quilling art ni.thanks to Miyyah@kertas yang memperkenalkan saya kepada seni quilling ni..selepas membaca blognya, saya terus tertarik utk mencuba..mungkin kerana kos peralatan yang tidak begitu mahal dan pelbagai hasil seni boleh dihasilkan daripada quilling ni menyebabkan saya berminat utk mencubanya...saya baru je belajar buat quilling...diharap anda yg berpengalaman dpt memberi tunjuk ajar supaya dpt saya hasilkan hasil seni quilling yg lebih baik di masa akan dtg...

Gambar di bwh ni adalah my 1st quilling project...saya tahu agk comot bukan?haha..tapi saya agk bangga saya dapat hasilkannya walaupun agk comot.kesan comot berpunca daripada gam yang saya gunakan.salah saya gak guna kertas hitam sbg background..kalau guna warna lain mungkin tak ketara kot comot tu..

my 1st quilling project
Budak baru 1st time cuba buat quilling boleh la dimaafkan kecomotan tu..Bunga kat hujung bucu bahagian bawah kiri tu la bunga pertama saya try buat..memang nampak tah pape tapi saya confident tampal je atas kertas ni..Bunga kuning tu pulak yg kedua saya buat.

menggerutu benar paper strip ni..

Oleh kerana peralatan yg tidak mencukupi beginilah hasilnya..Saya potong paper strip sendiri guna pisau..tu yang agak menggerutu tu..projek ni pun saya tak guna slotted tool utk menggulung paper strip..puas mencari benda yang sesuai utk menggantikan slotted tool..dapat idea selepas ternampak cangkuk langsir yang ada 4 cabang tu..saya patahkan 1 dan gunakan utk gulung kertas..

in the box
Oleh kerana 1st project, saya letakkan dalam kotak supaya tak kena habuk..kotak tu handmade je..inilah hasilnya MY 1ST QUILLING PROJECT.