Friday, 30 November 2012

Happy Diwali 2012!!! :)

Lama dah tak update blog ni.sejak busy dgn study, sy jrg dah wat quilling..tp sempat gak siapkan dua buah kad ucapan deepavali yg ditempah oleh kawan sy beberapa mgu lalu.lama dah wat kad ni tp sbb terlalu bz xde masa nk update kat blog.kad yg sy wat sme cm kad sblm ni iaitu easel card.


 Ini adalah 1st time sy wat kad deepavali.oleh krn ditempah oleh kwn so kne gak menjana idea kreatif utk menghasilkannya.sbnrnye xde idea nk wat kad ni.setelah search kat google, sy tgk kebanyakan kad deepavali ade letak pelita tu.so sy pn decide nk wat pelita tu gne teknik quilling.


Hanye pelita tu jela yg menunjukkan kad ni kad deepavali.kalu xde pelita tu xde rupa kad deepavali lgsg.huhuhu....


 Oleh kerana xde idea, so quillied flower akhirnye sy wat kt kad tu.asalkan ade la sket nmpk deepavali kat kad tu ok la drpd xnmpk lgsg kn?


cm biase sy letak kad ni dlm handmade box.Alhamdulillah siap gak kad tersebut walaupn skrg waktu bz sy ngn study. kad tu pn dah selamat smpai kpd org yg menempahnye.

diwali card in handmade boxes

Tu sje yg sy nk citekan dlm post ni.terima kasih krn sudi membaca.bye...

Friday, 19 October 2012

Congrats Ziera & Akmal :)

Hye semua..dh lama nk post psl cite ni tp xde kesempatan.so skrg la msnye sbb sy tgh free ni.pd tanggal 25/9/2012, kakak sy, Ziera dan suaminya, Akmal telah selamat melahirkan sorg bayi sulung dlm keluarganya berjantina perempuan seberat 2.75kg di Hospital Sg Buloh..baby comel tu diberikan nama Zahra Nur Iman.Zahra merupakan anak buah sy yg ke-10!tahniah utk pasangan Ziera & Akmal..sy dgn gigihnya telah membuat sekeping kad ucapan 'TAHNIAH' khas utk kkk & abg ipar sy.

tahniah Ziera & Akmal
Sy menggunakan tema warna biru & pink utk design kad ni sbb sy xtau lg baby yg bakal kkk sy lahirkan tu perempuan atau lelaki..sebenarnya kad ni sy dah siapkan sebelum kkk saya bersalin lg..konon-konon nak wat surprise kat dia la..walaupun doktor scan kata baby perempuan yg bakal dilahirkan, tp xleh caya gak.doktor bukan tuhan yg leh confirm jantina baby tu..oleh itu baik sy guna tema kad biru & pink sbg jln selamat.lagipun warna tema utk majlis persandingn kkk sy dulu pun warna biru & pink gak..ada gak la kena-mengena kat situ..

malaysian flower bertatah diamond palsu

Ni cubaan pertama wat easel card..huhhhh!mencabar gak membuatnya utk org yg xpernah buat sblm ni..tp menarik hasilnya..pasni psti sy cuba lg..ladybug 2 ekor tu pun 1st time cuba..xde la cantik mana..at least ada gak la rupa ladybug..xde la rupa ladyfinger..

easel card percubaan pertama

 Sy bg kad ni kat kkk sy pas dia selamat melahirkan baby comel ni ms kat hospital aritu.Alhamdulillah dia suka ngn kad ni..terus sy snap pic ank buah sy dgn kad yg sy buat utk ibu n ayhnye sempena kelahirannye..

Zahra & Quillied Card

Akhir kata. Tahniah kakakku n abg iparku...Semoga Zahra Nur Iman membesar mnjdi hamba-NYA yg solehah.Amin...

Thursday, 18 October 2012

Am's Birthday...

Walaupn agk busy minggu ni tp berjaya gak menyiapkan projek terbaru saya iaitu typography yang ditempah oleh kawan saya utk kawannya bernama Am sempena birthdaynye..kawan sy mintak nama 'Am' sje ditulis..xtau la pempuan ke lelaki si Am ni.yg penting kawan sy tu mintak ada bunga-bunga kat typograpgy tu..mungkin pempuan kot!sy xkisah pn..permintaan customer kne dipenuhi..nilah hasilnya selama 3 ari menyiapkannye..
khas utk Am
Dah habis idea buat benda ni..Ni je lah yg mampu saya buat..Alhamdulillah kawan sy tu suka..tp xtau la si Am tu suka ke x..harap-harap dia suka la gak..

zoom in I
Malaysian flower bertatahkan berlian!ko ade??haha..fake diamond je..sekadar utk menaikkan seri n nmpk lebih elegance..ok la utk seorg beginner cm sy..tp malaysian flower ni lah paling saya suka tentang kat projek sy ni..

zoom in II
 Paper box adalah suatu kemestian..yg uniknya kali ni sy buat paper box yang boleh dijadikan sebagai frame sekali..frame ni boleh digantung dan boleh gak diletakkan ats meja..inovasi terbaru dri saya..
paper box x dilupakan

Friday, 5 October 2012

Typography-1st trial

Hye..kembali lagi setelah sekian lama menyepi...kali ni saya ada mencuba buat pertama kali quilling typography.byk jugak tutorial yg tgk utk belajar cara-cara buat quilling typograpgy ni.antara yg saya rujuk adalah kat link ni
utk projek quilling typography yg 1st ni saya gunakan nama saya sndri iaitu 'Azzizi Nordin'.


Agk rumit jugak proses nk menyiapkan quilling typography ni..tp seronok lak buatnya..1st time mencuba byk yg saya belajar.lain kali nak buat lg..


Thursday, 13 September 2012

6th Quilling Project

Projek saya yang terbaru..baru siap malam semalam...tidur lewat sampai pukul 1.30am hanya kerana nak siapkan projek ni..hasilnya tidak mengecewakan..saya suka sangat!

full picture

Saya cuba menggunakan 4 jenis warna sahaja..merah,purple,hijau cair dan hijau sedikit pekat.projek-projek sebelum ni macam-macam warna saya hentam..tapi kali ni cuba untuk hadkan pemilihan warna..

like..

Saya cuba untuk hasilkan sesuatu yang simetri tapi tak berapa simetri yang terhasil..benda alah yang bergulung-gulung tu susah nak bagi simetri..tu dah habis simetri la saya cuba.



Saya berpuas hati dengan hasilnya..boleh saya katakan inilah hasil quilling yang paling saya suka setakat 6 projek yang telah saya hasilkan..Alhamdulillah semakin improve hari demi hari..Selepas masuk dalam kotak sekarang sedia untuk dihadiahkan kpd ahli keluarga saya.harap mrk suka..Alhamdulillah..

dalam kotak




5th Quilling Project

Ini projek ke-5 saya yang siap 11 September 2012..utk org yang baru belajar cm saya projek yang simple begini pun ambil masa dalam 2 hari untuk disiapkan..bagi mereka yang dh berpengalaman menggulung kertas ni mesti cepat je siap.

full picture

Saya suka hasilnya kerana warna yang saya pilih nampak harmoni.satu lagi faktor yang menyebabkan saya suka hasil projek ni kerana bunga purple tu..cara membuat bunga tu sama seperti cara membuat daun seperti projek saya sebelum ini.cuma saya olah teknik tersebut untuk menghasilkan bunga.hasilnya saya suka!

bunga tak kembang yang susah untuk dibuat

Susah juga nak buat bunga yang tak kembang..tak jumpa tutorial utk buat bunga tak kembang ni.ni pun saya main hentam je..asalkan nampak seperti bunga yang tak kembang sudah la!


saya suka!

Bila sudah dimasukkan dalam kotak nampak cantik je..sedia utk dihadiahkan kpd ahli keluarga saya juga spt projek-projek sebelum ni..Alhamdulillah selesai...

dalam kotak handmade

4th Quilling Project

 My 4th quilling project..sabtu lepas 8 Jun saya siapkan projek ni..projek ni amek masa dlm sehari utk disiapkan..

full picture

Saya suka hasil ni sebab ada royal flower..royal flower bunga oren+purple kat gambar di bwh.saya belajar wat royal flower ni melalui tutorial dlm youtube.link seperti di bawah..
bunga ni dipanggal 'royal flower' dlm tutorial ni. sebab tu la saya pun panggil royal flower.ni kali kedua saya cuba buat royal flower ni..agak berpuas hati dgn hasilnya..

royal flower

Orang yang design royal flower ni orang Malaysia gak..namanya Asma Ahmad Bahari..dia adalah antara quilling artist yang terkenal di Malaysia dan di dunia.




Seperti biasa hasil quilling ni dimasukkan ke dalam kotak supaya tidak terdedah kpd habuk..sedia utk dihadiahkan kepada ahli keluarga saya!